PEMERIKSAAN MATA DI RUMAH

Qap Optical menawarkan servis pemeriksaan mata terus ke rumah, khususnya bagi pelanggan yang menghadapi masalah pergerakan (sukar untuk bergerak atau lumpuh tubuh badan dan sebagainya) untuk ke kedai atau  outlet kami atau warga emas yang tidak berkemampuan untuk bergerak.

Anda perlu membuat temujanji dahulu sebelum pihak kami dapat datang ke rumah anda  untuk membuat pemeriksaan mata tersebut. Ini adalah salah satu CSR (Corporate Social Responsibility) kami kepada masyarakat setempat dalam memudahkan para pelanggan kami yang tidak berkemampuan. Supaya mereka dapat melakukan pemeriksaan mata dan seterusnya mempunyai cermin mata sendiri.

Bagi yang ingin membuat temujanji, anda boleh menggunakan aplikasi pada website ini dengan klik pada ikon whatsapp di sebelah kiri anda.

Buat temujanji

Kami dengan senang hati akan menyelesaikan masalah dan pertanyaan anda, sila atur janji temu anda dengan kami.