RETINOSKOP (RETINOSCOPE)

Retinoskop  merupakan alat utama yang akan digunakan oleh optometris untuk memeriksa mata semua peringkat umur, terutamanya kanak-kanak kerana alat ini dapat mengenal pasti power seseorang itu secara terus dengan melihat cahaya refleksi daripada retina mata. Oleh itu, teknik Ini dapat mengelak daripada sebarang kesalahan yang boleh memberi kesan kepada power mata seseorang itu nanti.

Dengan penggunaan alat ini, optometris dapat mengenal pasti sama ada pelanggan tersebut mempunyai penyakit mata ataupun tidak. Contoh penyakit mata yang boleh dikenal pasti ialah:
  • Selaput Katarak
  •  Keratokonus
  •  Keadaan anak mata yang tidak normal dan sebagainya

Buat temujanji

Kami dengan senang hati akan menyelesaikan masalah dan pertanyaan anda, sila atur janji temu anda dengan kami.