Tips Penjagaan Kanta Lekap

 
Hari Raya Menjelang tiba, maka ramai rakyat akan berpusu-pusu membeli persedian untuk menyambut hari  raya seperti kuih raya, baju melayu, songkok, baju kurung dan macam-macam lagi.

Namun, tidak lupa juga kanta lekap atau contact lenses, yang menjadi pilihan ramai untuk tambah bergaya di hari bahagia nanti. Dengan kanta lekap, kita dapat tambah bergaya selain tidak perlu memakai cermin mata tapi juga menjadi alat kosmetik untuk menambahkan kecantikan & ketampanan si pemakai.

Walau bagaimanapun, penjagaan kanta lekap adalah penting. Sambil kita seronok mempersiapkan diri untuk menyambut Hari Raya, pastikan juga kanta lekap kita sentiasa bersih dan selesa. Berikut merupakan tips-tips penjagaan kanta lekap : 
  • Basuh dan keringkan tangan anda sebelum menyentuh kanta lekap.
 
  • Gunakan larutan pencuci kanta lekap yang hanya disarankan oleh optometris atau juruoptik berlesen anda.
 
  • Gosok kanta lekap anda semasa mencuci untuk membersihkan sebarang deposit dan mikroorganisma.
 
  • Jangan gunakan larutan pencuci yang telah luput tarikh (expired). Tempoh luput larutan pencuci kanta lekap yang telah dibuka pula adalah 3 bulan selepas larutan dibuka.
 
  • Kanta lekap yang terendam lama dan tidak dipakai perlu ditukar dengan larutan rendaman baru sekurang-kurangnya 2 hari sekali. Kanta tersebut juga perlu dicuci sebelum dipakai semula.
 
  • Cuci dan bilas kanta lekap yang jatuh atau terkeluar dari mata sebelum memakainya semula. Ganti kanta yang terjatuh dengan kanta baru jika anda ada bekalan kanta lain.
 
  • Jangan menambah larutan rendaman (topping off) untuk mengurangkan risiko jangkitan dan radang mata.
 
  • Buang larutan rendaman setiap kali selepas kanta lekap dipakai. Gunakan larutan rendaman baru ketika hendak merendam kanta lekap semula.
 
  • Pastikan anda mempunyai cermin mata dengan kuasa kanta yang terkini.
 
  • Jangan gunakan air paip atau air suling yang dibuat sendiri untuk mencuci kanta lekap
Setiap kali anda memakai kanta lekap, pastikan bahawa anda :
  • FEEL GOOD  – selesa memakai kanta lekap
  • LOOK GOOD – mata tidak merah
  • SEE WELL     – penglihatan jelas

Sumber artikel daripada  :  http://www.myhealth.gov.my/

Bagi yang ingin mencari kanta lekap/Contact Lens dengan pelbagai design baru & terkini untuk dipakai raya nanti boleh datang ke semua cawangan kami.


 

 

01 Apr 2024