PROFIL

Syarikat ini bermula dengan sebuah cawangan pertama yang terletak di Kamunting, Perak di bawah syarikat AEZLYN OPTIQUE SDN BHD pada tahun 2011 dengan menyewa premis di Kamunting, Perak. Sebagai antara syarikat bumiputera yang pertama di situ, sambutan sangat menggalakan. Selain pertukaran nama baru syarikat kepada AEZLYN OPTIC, pelbagai fasa pahit dan manis yang dilalui, syarikat mula mengorak langkah menyahut cabaran dengan membuka 1 lag cawangan di Simpang, Taiping pada tahun 2018 dengan menyewa lot kecil bersebelah kedai RM2 atas pemintaan pelanggan tetap kami dari kawasan selatan Taiping.

Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan. Menyedari pelanggan tetap kami ramai dari utara Taiping juga, kami semakin bersemangat untuk mencuba nasib di sebelah utara pula iaitu di Bagan Serai. Dengan bantuan MARA Kerian kepada usahawan-usahwan bumiputera, kami berjaya menyewa di salah satu lot Arked MARA Bagan Serai pada tahun 2019. Tempat yang strategik dan berpusat, telah membuatkan cawangan ketiga kami ini turut mendapat sambutan seolah-olah penduduk di daerah Kerian sememangnya menanti kami membuka premis di sana.
Syarikat mula memahami rentak dan tidak lagi membuang masa, dengan niat berkhidmat kepada masyarakat luar bandar, pada tahun 2020, kami membuka satu lagi cawangan di Talang, Kuala Kangsar. Menyedari nama QAP semakin dikenali dan tidak mahu terlepas, penduduk Kuala Kangsar begitu menyokong produk kami dan pelbagai pelusuk daerah itu datang berkunjung menikmati promosi produk kami antaranya dari Lenggong, Manong, Sayong, Padang Rengas, Bukit Chandan, Sg Siput malah dari Ipoh.

Selama tempoh 3 bulan dibuka, dunia dikejutkan dengan wabak Covid-19, syarikat terpaksa ditutup sementara bagi membendung pandemik berterusan. Namun selepas premis dibenarkan buka, sambutan menjadi semakin baik berikutan masyarakat menyedari perlindungn mata dan gajet bergerak sama penting. Dengan hikmah dan inspirasi ini, syarikat teruskan misi dengan mengembangkan sayap di suatu pedalaman iaitu di Trong pada tahun 2021.

Bagi membantu rakyat Malaysia yang terkesan dan kehilangan pekerjaan, syarikat terus berkhidmat membuka cawangan pada tahun yang sama iaitu di Ipoh dan Selama serta menubuhkan pejabat HQ di Kamunting sekaligus memulihkan peluang pekerjaan sehingga endemik. Ketika endemik juga, syarikat mula mencipta nama di Pulau Pinang dengan membuka cawangan ke-8 di Nibong Tebal pada Jun, 2022.

Alhamdulillah, pelanggan Pulau Pinang yang selama ini datang membuat cermin mata di cawangan kami di Kamunting & Bagan Serai sudah boleh menarik nafas lega kerana cawangan syarikat kami ini terletak sangat dekat dengan penduduk Pulau Pinang & Kedah. Terima kasih atas sokongan padu masyarikat sekeliling atas produk bumiputera.

VISI

Menjadikan sebuah syarikat pembekal cermin mata 100% bumiputera yang berjaya serta dapat menyumbang balik jasa dan budi kepada masyarakat bumiputera.

MISI

Memberikan jualan dan perkhidmatan cermin mata dan penjagaan mata dengan penuh dedikasi, profesional serta ikhlas.

MOTO

Kesesuaian Cermin Mata Dan Keselesaan Mata Anda Merupakan Keutamaan Kami
OBJEKTIF
Memberikan perkhimatan pemeriksaan mata dengan ikhlas.
Memberikan penjelasan penjagaan mata dengan teliti.
Menjual cermin mata dan kanta lekap yang bermutu degan harga berpatutan.
Memberi perkhidmatan servis selepas jualan dengan mesra.